CHUKAI: Operasi hari kedua mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa yang masih hilang dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih, dekat sini diteruskan pada 9 pagi ini.
Tujuh daripada mangsa merupakan daripada keluarga yang sama iaitu Karim Abdullah, 39; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.
Seorang lagi individu yang hilang adalah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor yang turut serta dalam perkelahan keluarga pada Sabtu, yang berakhir dengan tragedi kepala air, semalam.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan dilaporkan berkata dua mayat pertama ditemukan orang ramai pada 12.30 tengah hari semalam iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Mayat Azizah ditemukan terapung sejauh 24 kilometer (km) dari lokasi kejadian, dengan polis mengambil kira kedudukan penemuan sebuah kereta jenis Proton Gen 2 dinaiki keluarga malang itu sebagai titik awal insiden.
BACA: Kepala air Jeram Air Putih: Identiti lapan individu termasuk tujuh sekeluarga dikenal pasti
Mayat Muhammad Zulqarnain Haikal pula ditemukan 2km dari lokasi kejadian dalam keadaan tersangkut pada dahan pokok selepas dihanyutkan arus deras, dengan paras air dikatakan naik lima hingga 10 meter akibat fenomena itu.
Selain kereta tersebut, turut ditemukan ialah sebuah motosikal jenis SYM yang dinaiki Muhammad Fikri dan tunangnya.
Semalam, operasi SAR dihentikan pada 6 petang ekoran hujan lebat yang menyukarkan pencarian selain berisiko kepada pasukan pencarian yang dijalankan oleh polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selain turut dibantu orang awam.
Hanyan berkata sehingga 10 malam semalam, tiada sebarang petunjuk atau penemuan baharu mengenai kedudukan baki mangsa yang masih hilang berjaya dibuat pasukan pencarian.
Pada operasi hari ini, pasukan akan memulakan pencarian pada radius 8km dari lokasi kejadian di kiri dan kanan tebing jeram selain percaya mangsa mungkin dihanyutkan arus jauh dari lokasi mengambil kira tempat mayat Azizah ditemukan.
Unit anjing pengesan K9 milik polis dan JBPM akan digerakkan hari ini bagi membantu memudahkan kerja pencarian dengan penambahan kekuatan pasukan SAR juga bakal dibuat di tiga fasa kawasan pencarian yang ditentukan mengikut kekuatan dan bantuan operasi pasukan SAR.
Semalam, Bernama melaporkan 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Air Putih, di sini pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
Anggota pasukan penyelamat diberi taklimat sebelum memulakan operasi mencari lapan mangsa dikhuatiri lemas dalam kejadian kepala air di Jeram Air Putih ketika tinjauan di Pusat Kawalan Operasi, Balai Polis Air Putih hari ini. --fotoBERNAMA
ASP antara lima polis didakwa rompak wanita warga China RM140,000
Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP bersama empat anggota, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak seorang wanita warga China.
Pengurup wang didakwa bunuh lelaki
Seorang pengurup wang didakwa datas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar.
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
PM Anwar arah tanam 100 pokok gantikan pohon terpaksa ditebang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang, digantikan dengan 100 pokok baharu yang wajib ditanam semula.
8 mengaku tidak bersalah urus kondo jadi pusat judi dalam talian
Seorang wanita dan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1, di sini pada Rabu atas pertuduhan menguruskan sebuah rumah sebagai pusat perjudian dalam talian.
Perlu dapat kebenaran sebelum lepas spesies ikan dalam sungai
Individu atau kumpulan yang berhasrat melepaskan mana-mana spesies ikan air tawar ke perairan umum perlu mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Perikanan Negeri Perak.
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei, daftar Perkeso sebelum Ops Kesan
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei untuk mendaftar pekerja mereka secara sukarela dengan Perkeso, sebelum pelaksanaan Ops Kesan 2024.
Lelaki cedera terkena benang di SUKE buat laporan polis
Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu hadir membuat laporan polis di Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada jam 10.21 pagi.
AWANI Ringkas: Polis sahkan pemandu langgar atlet kayak dalam keadaan mabuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Memacu pembangunan belia yang lebih berdaya tahan
Sempena Hari Belia Kebangsaan 2024, Dr Nurul Ashikin Alias mengupas isu semasa dalam kalangan belia menerusi pelbagai aspek pada masa kini.
Kes rogol pelajar Tingkatan 4: Ibu kandung mangsa direman 7 hari
Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin membenarkan permohonan reman selama tujuh hari ke atas wanita berusia 43 tahun itu bermula Ahad hingga Sabtu depan.
Bayi perempuan baru lahir ditemui di lantai kedai jual ayam
Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai pemilik kedai berkenaan kira-kira jam 7.50 pagi tadi.
Kepala air Jeram Air Putih: Hari kedua operasi SAR disambung, kesan lapan lagi mangsa
Pada operasi hari ini, pasukan akan memulakan pencarian pada radius 8km dari lokasi kejadian di kiri dan kanan tebing jeram.
Remaja 13 tahun ditahan pandu kereta tanpa lesen
Remaja terbabit juga tidak mengendahkan arahan polis supaya memberhentikan kenderaan malah terus memecut melarikan diri.
Polis tahan dua pekerja pusat hiburan terlibat rompakan bersenjata
Kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan kira-kira jam 4 pagi Khamis dalam dua tangkapan berasingan.
Bekas banduan aktif pecah rumah ditahan polis
Suspek berusia 40 tahun berjaya ditahan hasil risikan pasukan polis selepas menerima rakaman video daripada seorang saksi.
Kanak-kanak lelaki 11 tahun dikhuatiri lemas di Kemaman
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikhuatiri lemas manakala dua rakannya selamat ketika mandi-manda di alur Sungai Kuala Kemaman.
Dua pelajar UCTATI maut kenderaan dirempuh 4WD
Siasatan awal mendapati Toyota Hilux tersebut gagal mengelak dan merempuh bahagian sisi Perodua Kancil.
Bakar remaja: Polis rakam percakapan 15 individu
Polis telah merakam percakapan 15 individu bagi membantu siasatan berhubung kes bakar seorang remaja lelaki di Kampung Perasing Jaya, Jabor.
Dituduh curi RM100, remaja melecur dibakar rakan
Akibat kejadian itu, mangsa berusia 15 tahun melecur dari leher hingga ke bahagian belakang badan.